Tuesday, November 11, 2008

Tatacara Pengendalian Radio Amatur semasa ber QSO.

7 perkara asas yang perlu di fahami dan dikuasai semasa ber QSO

i. Untuk memanggil rakan.. anda perlu menggunakan sebutan berikut:
“CQ, CQ, CQ..Memanggil mana-mana rakan yang monitor di frekuansi.. di sini 9W2XXX (mobile/base/portable), memanggil mana-mana rakan … Standing by”
Atau ingin memanggil rakan, perlu di sebut Callsign rakan dahulu dan diikuti dengan Callsign kita… contoh :
“9W2XXX …9W2XXX panggilan” atau “9W2XXX ….9W2XXX, Calling and Standby”

ii. Bila panggjlan kita dijawab atau disambut oleh rakan:…..
Ucapan berikut boleh digunakan…
“ Terima kasih…9W2XXX (mobile/base/portable)…. 9W2XXX (mobile/base/portable) ..… Assalamualaikum / Salam Sejahtera dan Selamat Pagi/Petang/Malam..
(teruskan berQSO mengenai topik yang ingin dibicarakan, samada pertanyaan, perkhabaran, minta informasi atau apa-apa saja perkara)

iii. Mengembalikan mike kepada rakan seterusnya….cth:
“dipersilakan memancar 9W2XXX(mobile/base/portable), …..9W2XXX(mobile/base/portable),..Over/Standingby”
Atau
“kembali semula kepada anda 9W2XXX …9W2XXX Over/Standing”by

iv. Sekiranya ramai rakan di jaluran / ramai stesen, mesti dimasukkan perkataan “Group”….cth:
“dipersilakan memancar / “back to you 9W2XXX(mobile/base/portable), to transmite group, 9W2XXX (mobile/base/portable), …Over/Standingby”


v. Sekiranya ingin meninggalkan jalur, tatacaranya seperti contoh berikut:
“terima kasih kepada anda / semua rakan diatas QSO pada kali ini, saya mohon mendarat dulu…9W2XXX, QRU, salam 73 (diselitkan salam/salam sejahtera, atau apa-apa ucapan yang sesuai) ….Clear.

vi. Sekiranya ingin bergabung/join rakan, kita perlu monitor/memantau dulu rakan sebelum memasuki jaluran. Kenal pasti berapa stesen dan Callsign yang sedang ber QSO. Cara untuk masuk mesti semasa rakan pass mike kepada rakan yang sedang menunggu/stanby, seperti contoh…
“9W2XXX Join atau Kontek ….9W2XXX …. Kontek “
· Seelok-eloknya dibuat catatan bagi setiap Callsign rakan yang sedang berada di jaluran.

vii. Sekiranya kita di beri laluan untuk bergabung… sebutan berikut seeloknya digunakan:
“Terima kasih 9W2XXX…kerana memberi laluan kepada saya untuk join / bergabung. Jadi saya menunggu giliran… Kembali semula kepada anda…9W2XXX….9W2XXX ….Over/ Standingby”